Hubungi Kami :

Domestik 03-7724 3023, Antarabangsa +60 3-7724 3023, waktu operasi sokongan 24/7

Topik Popular

Bagaimanakah saya mengubah atau membatalkan tempahan hotel?

Sesetengah hotel membenarkan anda untuk membuat perubahan pada tempahan anda secara dalam talian menerusi jadual perjalanan anda. Jika anda memilih Ubah Tempahan pada jadual perjalanan anda dan anda dihalakan ke artikel ini, perubahan dalam talian tidak tersedia dan anda perlu membatalkan dan menempah semula tempahan anda. Anda boleh membuat perubahan kepada tempahan bilik hotel sedia ada anda tanpa sebarang caj:

  • Nama tetamu
  • Jenis katil
  • Pilihan merokok
  • Permintaan khas
  • Pilihan kebolehcapaian

Anda juga boleh mengubah yang berikut, namun caj mungkin dikenakan:

  • Jenis bilik
  • Bilangan tetamu
  • Tarikh perjalanan

 

Untuk membuat perubahan kepada tempahan hotel anda

  1. Sila ke Uruskan Perjalanan / Jadual Perjalanan.
  2. Buka jadual perjalanan yang anda ingin ubah.
  3. Pilih Ubah suai Tempahan di bawah Hotel.
  4. Log Masuk atau cari perjalanan anda menggunakan nombor rujukan jadual perjalanan untuk meneruskan dengan perubahan yang anda ingin lakukan.
  5. Sekiranya pautan Ubah Tempahan membawa anda ke artikel ini, batalkan tempahan anda dan tempah semula.

 

Untuk membatalkan tempahan anda secara dalam talian:

  1. Sila ke Uruskan Perjalanan / Jadual Perjalanan.
  2. Buka jadual perjalanan yang anda ingin ubah.
  3. Klik Batalkan Tempahan.
  4. Log Masuk atau cari perjalanan anda menggunakan nombor rujukan jadual perjalanan untuk meneruskan dengan pembatalan yang anda ingin lakukan.
  5. Semak semula butiran bayaran balik dan fi sebelum menyempurnakan pembatalan.

Bayaran balik dipulangkan dalam tempoh 7-10 hari, namun bank atau syarikat kad kredit anda mungkin tidak menunjukkan kredit pada akaun anda sehingga akhir kitaran pengebilan yang seterusnya.

 

Bagaimana saya boleh ketahui jika tempahan hotel saya telah disahkan?

Kami akan menghantar e-mel pengesahan kepada anda selepas anda melengkapkan tempahan anda. Anda sepatutnya menerima e-mel pengesahan dalam tempoh 15 minit, namun ia mungkin mengambil masa sehingga beberapa jam untuk dihantar.

Anda boleh mengesahkan tempahan anda secara dalam talian melalui Uruskan Tempahan (dipaut pada bahagian atas setiap halaman). Anda perlu menyemak folder spam atau mel remeh untuk memastikan e-mel pengesahan anda tidak disekat. Anda mungkin perlu menambah AirAsiaGo kepada senarai penghantar yang “dibenarkan” untuk menerima e-mel pengesahan dan maklumat berkenaan tempahan akan datang.

 

Sekiranya saya perlu membatalkan tempahan hotel saya, adakah saya akan menerima bayaran balik?

Anda boleh membatalkan tempahan hotel anda melalui jadual perjalanan anda di AirAsiaGo. sebelum melakukan sebarang perubahan atau pembatalan, sila semak peraturan dan sekatan berkaitan dengan hotel dan jenis bilik yang ditempah untuk menentukan sama ada anda boleh menerima bayaran balik. Peraturan dan sekatan terletak di bahagian bawah jadual perjalanan anda.

AirAsiaGo tidak mengenakan fi untuk perubahan atau pembatalan; namun, apabila hotel mengenakan fi sedemikian selaras dengan dasarnya tersendiri, kos tersebut akan dikenakan kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah jenis bilik adalah tidak boleh dibayar balik dari masa ia ditempah. Selain itu, hotel akan mengenakan caj sekiranya pembatalan dilakukan dalam tempoh 48 hingga 24 jam sebelum ketibaan yang dijadualkan. Peraturan berbeza mengikut hotel dan jenis bilik, jadi sememangnya penting untuk menyemak peraturan berkaitan dengan tempahan anda.

Sekiranya anda telah menempah bilik hotel yang boleh dibayar balik, kami akan memproses bayaran balik anda pada hari anda membuat pembatalan. Kebanyakan syarikat kad kredit akan menghantar bayaran balik ke akaun anda dalam tempoh satu hingga dua minggu dan ke penyata anda dalam satu atau dua kitaran pengebilan. Sekiranya anda tidak melihat jumlah yang sepatutnya pada penyata kad kredit anda selepas dua kitaran pengebilan, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan.

 

Kembali ke atas